Thursday, October 21, 2010

Dari Kesan Penggunaan CleanPower

Produk CleanPower ini dapat meningkatkan keupayaan enjin. Ia membantu mengubah bahan tidak mudah terbakar kepada bahan yang lebih mudah terbakar. Ia juga membantu pembakaran ke atas hasil buangan bahan tidak aktif yang mencemar alam sekitar. Oleh itu, kenderaan bukan sahaja dapat dapat bergerak lebih jauh menggunakan jumlah bahanapi yang sama malah, pencemaran udara juga dapat dikurangkan. Berikut adalah kesan-kesan yang diperolehi apabila produk CleanPower digunakan

i. Meningkatkan Prestasi Enjin
Prestasi enjin akan meningkat sebanyak 30% lagi dari biasa apabila berlakunya pembakaran lengkap bahanapi dengan menggunakan produk CleanPower.

ii. Penjimatan Bahanapi
Kenderaan anda akan dapat bergerak lebih jauh dan lebih lama berbanding sebelumnya selepas menggunakan produk CleanPower. Penjimatan bahanapi adalah melebihi 10%.

iii. Mengurangkan Asap Hitam dan Debu
Produk CleanPower ini membantu pembakaran bahanapi dengan lengkap dan ini akan mengurangkan asap hitam dan debu yang selalunya terhasil disebabkan karbon monoksida dan hidrokarbon. Hasilnya adalah pencemaran udara dan alam sekitar dapat dikurangkan 60% dari sebelumnya.

iv. Mengurangkan Kebisingan Enjin dan Gegaran
Bunyi bising enjin dan gegaran akan dapat dikurangkan apabila pembakaran bahanapi adalah lengkap.

v. Meningkatkan Jangkamasa Penggunaan Minyak Enjin
Pembakaran bahanapi yang tidak lengkap akan menghasilkan banyak kotoran pada minyak enjin dan memekatkan kelikatannya dan ini menyebabkan minyak enjin terpaksa kerap diganti. Produk CleanPower membantu pembakaran bahanapi yang lengkap dan menghasilkan hanya sedikit kotoran pada minyak enjin. Ini akan memanjangkan usia penggunaan minyak enjin dan akan menjimatkan kos penyenggaraan kenderaan.

CleanPower Bahan Canggih

Cahaya inframerah tidak dapat memusnahkan struktur molikul secara kimia. Maka, kami telah mencari jalan bagaimana cahaya inframerah dapat menghasilkan pembakaran bahanapi yang lengkap dengan cara membuatkan molikul hidrokarbon bergerak lebih dan menghasilkan kuasa haba. Kami merekabentuk produk ini dengan mengambilkira keperluan penjimatan bahanapi serta pengurangan asap hitam di samping meningkatkan prestasi enjin.

Syarikat kami mencipta produk CleanPower dan menjadikan bahan seramik di dalamnya sebagai bahan utama ciptaan produk ini. Seramik tersebut dapat menghasilkan kuasa haba dan frekunsi cahaya inframerah (7-20um) yang terbit dari silicate termasuk lebihkurang 20 bahan material lain. Kami mengisarkan bahan baru ini sehalus 300 mesh serbuk dan kemudiannya mengadunkannya dengan cecair antioksidan yang dihasilkan dari mikro organisma serta lebih kurang 20 bahan lain seperti, Nitrite, Oxide Carbide dan emery (serbuk). Kemudian, ianya dibakar dengan suhu setinggi 1000°C darjah Celsius

Teknologi CleanPower

Keupayaan bahanapi adalah rendah apabila pembakarannya tidak lengkap. Ini akan mengakibatkan penggunaan bahan bakar yang tinggi di samping enjin tidak berfungsi seperti yang diharapkan. Oleh itu, kenderaan akan menghasilkan bunyi enjin yang kuat serta mengeluarkan debu dan asap hitam. Masalah ini dapat diselesaikan dengan cara meletakkan produk CleanPower pada saluran bahanapi sebagai penapis kepada bahanapi yang akan menghasilkan tenaga haba dan gelombang cahaya inframerah seperti yang dinyatakan sebelum ini. Gelombang tersebut akan mengaktifkan partikal bahanapi dan proses ini membantu mengubah kuasa hidromekanik kepada kuasa thermodinamik. Produk CleanPower membantu pembakaran bahanapi agar menjadi lengkap dan tidak akan menghasilkan sisa buangan. Maka dengan sebab itulah produk CleanPower ini digelar sebagai produk mesra alam yang dapat membantu pembakaran lengkap bahanapi enjin kenderaan.

Kebelakangan ini, isu terbesar serta cabaran di dalam merekabentuk dan menghasilkan kereta adalah bagaimana untuk menjimatkan sumber asli bahanapi dengan mengurangkan penggunaan bahanapi. Selain itu, cabarannya adalah bagaimana untuk membersihkan hasil buangan gas serta menepati syarat-syarat dan menjaga alam sekitar dengan menggunakan sumber kuasa yang baru. Penggunaan bahan seramik yang dinyatakan sebelum ini di dalam produk CleanPower akan dapat mengatasi masalah ini. Maka dengan itu, bahan seramik telah digunakan secara meluas pada sesetengah bahagian kenderaan. Penapis seramik yang digunakan di dalam produk CleanPower benar-benar dapat membantu pembakaran bahanapi yang lengkap dan mengurangkan asap hitam dan meningkatkan keupayaan enjin.

Cecair antioksidan yang diyatakan sebelum ini adalah cecair campuran phenol yang boleh diperolehi dari bahan sayuran. Molikul Phenol adalah beracun tetapi kami telah mencampurkannya dengan Hydroxyl dan ini merendahkan tahap keracunan dan meningkatkan aktif super oksida. Sebagai contoh, Flavonoid adalah bahan campuran phenol yang lazim digunakan. Bebola seramik juga dicipta dengan kaedah mencampurkannya dengan super oksida. Melalui kaedah ini, bahan tersebut akan mengeluarkan tenaga haba serta cahaya inframerah yang akan menyebabkan molikul Hidrokarbon bergerak sekata dan proses ini melipat gandakan getaran molikul serta menghasilkan pembakaran bahanapi yang lengkap.

Produk CleanPower

Produk yang mesra alam ini dapat membantu pembakaran bahanapi di dalam enjin-enjin kenderaan dan mengurangkan hasil debu serta asap hitam dengan cara meningkatkan prestasi pembakaran bahanapi

Produk ini menggunakan penapis yang mesra alam yang diperbuat daripada bahan khas yang dinamakan Ceramic Ball-shaped. Bahan ini mengeluarkan tenaga haba dan gelombang cahaya (7-20um) iaitu sejenis cahaya inframerah yang terbit dari Silicate. Kami mengisarkan bahan baru ini sehalus 300 mesh serbuk dan kemudiannya mengadunkannya dengan cecair antioksidan yang dihasilkan dari mikro organisma serta lebih kurang 20 bahan lain seperti Nitrite, Oxide, Carbide dan emery (serbuk). Kemudian, ianya dibakar pada suhu setinggi 1000 darjah Celsius.

Apabila bahanapi melalui produk CleanPower ini, penapis khas tersebut yang berada di dalamnya akan mengeluarkan tenaga haba dan gelombang cahaya inframerah yang mana ianya akan meleraikan serta mengasingkan partikal bahanapi. Proses ini menyumbang kepada pembakaran bahanapi yang lebih baik iaitu antara 80% ke 95% apabila bertemu dengan oksigen. Pada masa yang sama ianya juga dapat mengurangkan pencemaran udara yang terkeluar dari gas buangan. Tidak dinafikan pembakaran bahanapi yang lengkap serta kesannya merupakan faktor utama kepada terhasilnya atmosfera yang lebih bersih dan lebih baik.

Lebih lama pemanduan kenderaan dilakukan lebih sedikit bunyi serta gegaran pada enjin kenderaan dihasilkan. Ini adalah kerana tenaga haba dan gelombang cahaya inframerah yang terhasil melalui penapis seramik tersebut dapat membantu melengkapkan pembakaran bahanapi dan proses ini mengurangkan kehadiran hidrokarbon yang keluar dari ekzos kenderaan. Ini adalah suatu fenomena yang mana tahap tertinggi gegaran akan meningkat apabila frekunsi daya luar hampir menyamai tahap tertinggi asal vibrometer.

Struktur dalaman CleanPower telah direkabentuk khas agar aliran bahanapi yang sekata bertukar kepada aliran turbulence. Tekanan yang terhasil akan melalui paip pembakaran dalaman. Setelah proses Enthalpy meningkat, terlalu sedikit jumlah kuasa hidromekanik hilang akibat dari geseran yang bertukar kepada kuasa thermodinamik. Kami boleh buktikan teori ini dengan formula dari peraturan pertama thermodinamik iaitu:
q +d dwt = dh +g.dz + d(v2/2)