Thursday, October 21, 2010

Dari Kesan Penggunaan CleanPower

Produk CleanPower ini dapat meningkatkan keupayaan enjin. Ia membantu mengubah bahan tidak mudah terbakar kepada bahan yang lebih mudah terbakar. Ia juga membantu pembakaran ke atas hasil buangan bahan tidak aktif yang mencemar alam sekitar. Oleh itu, kenderaan bukan sahaja dapat dapat bergerak lebih jauh menggunakan jumlah bahanapi yang sama malah, pencemaran udara juga dapat dikurangkan. Berikut adalah kesan-kesan yang diperolehi apabila produk CleanPower digunakan

i. Meningkatkan Prestasi Enjin
Prestasi enjin akan meningkat sebanyak 30% lagi dari biasa apabila berlakunya pembakaran lengkap bahanapi dengan menggunakan produk CleanPower.

ii. Penjimatan Bahanapi
Kenderaan anda akan dapat bergerak lebih jauh dan lebih lama berbanding sebelumnya selepas menggunakan produk CleanPower. Penjimatan bahanapi adalah melebihi 10%.

iii. Mengurangkan Asap Hitam dan Debu
Produk CleanPower ini membantu pembakaran bahanapi dengan lengkap dan ini akan mengurangkan asap hitam dan debu yang selalunya terhasil disebabkan karbon monoksida dan hidrokarbon. Hasilnya adalah pencemaran udara dan alam sekitar dapat dikurangkan 60% dari sebelumnya.

iv. Mengurangkan Kebisingan Enjin dan Gegaran
Bunyi bising enjin dan gegaran akan dapat dikurangkan apabila pembakaran bahanapi adalah lengkap.

v. Meningkatkan Jangkamasa Penggunaan Minyak Enjin
Pembakaran bahanapi yang tidak lengkap akan menghasilkan banyak kotoran pada minyak enjin dan memekatkan kelikatannya dan ini menyebabkan minyak enjin terpaksa kerap diganti. Produk CleanPower membantu pembakaran bahanapi yang lengkap dan menghasilkan hanya sedikit kotoran pada minyak enjin. Ini akan memanjangkan usia penggunaan minyak enjin dan akan menjimatkan kos penyenggaraan kenderaan.

No comments:

Post a Comment