Thursday, October 21, 2010

Produk CleanPower

Produk yang mesra alam ini dapat membantu pembakaran bahanapi di dalam enjin-enjin kenderaan dan mengurangkan hasil debu serta asap hitam dengan cara meningkatkan prestasi pembakaran bahanapi

Produk ini menggunakan penapis yang mesra alam yang diperbuat daripada bahan khas yang dinamakan Ceramic Ball-shaped. Bahan ini mengeluarkan tenaga haba dan gelombang cahaya (7-20um) iaitu sejenis cahaya inframerah yang terbit dari Silicate. Kami mengisarkan bahan baru ini sehalus 300 mesh serbuk dan kemudiannya mengadunkannya dengan cecair antioksidan yang dihasilkan dari mikro organisma serta lebih kurang 20 bahan lain seperti Nitrite, Oxide, Carbide dan emery (serbuk). Kemudian, ianya dibakar pada suhu setinggi 1000 darjah Celsius.

Apabila bahanapi melalui produk CleanPower ini, penapis khas tersebut yang berada di dalamnya akan mengeluarkan tenaga haba dan gelombang cahaya inframerah yang mana ianya akan meleraikan serta mengasingkan partikal bahanapi. Proses ini menyumbang kepada pembakaran bahanapi yang lebih baik iaitu antara 80% ke 95% apabila bertemu dengan oksigen. Pada masa yang sama ianya juga dapat mengurangkan pencemaran udara yang terkeluar dari gas buangan. Tidak dinafikan pembakaran bahanapi yang lengkap serta kesannya merupakan faktor utama kepada terhasilnya atmosfera yang lebih bersih dan lebih baik.

Lebih lama pemanduan kenderaan dilakukan lebih sedikit bunyi serta gegaran pada enjin kenderaan dihasilkan. Ini adalah kerana tenaga haba dan gelombang cahaya inframerah yang terhasil melalui penapis seramik tersebut dapat membantu melengkapkan pembakaran bahanapi dan proses ini mengurangkan kehadiran hidrokarbon yang keluar dari ekzos kenderaan. Ini adalah suatu fenomena yang mana tahap tertinggi gegaran akan meningkat apabila frekunsi daya luar hampir menyamai tahap tertinggi asal vibrometer.

Struktur dalaman CleanPower telah direkabentuk khas agar aliran bahanapi yang sekata bertukar kepada aliran turbulence. Tekanan yang terhasil akan melalui paip pembakaran dalaman. Setelah proses Enthalpy meningkat, terlalu sedikit jumlah kuasa hidromekanik hilang akibat dari geseran yang bertukar kepada kuasa thermodinamik. Kami boleh buktikan teori ini dengan formula dari peraturan pertama thermodinamik iaitu:
q +d dwt = dh +g.dz + d(v2/2)

No comments:

Post a Comment